Rosliza Fotopages -  - Fotopages.com
<height>60</height>
SEDAP KIAN MANTAP
<description>Semakin lama liza mengorak langkah bersama majalah SEDAP ini... terasa pula keserasian. Semakin intim lagi dengannya, semakin rajin pula ke dapur kecilku. Semakin banyak yg dipelajari... semakin penuh ilmu di dada. Apa yang penting... majalah SEDAP ini kian mantap. 
Untuk keluaran ketiga yang bakal berada di pasaran pada 10hb. Ogos tahun ini, dimuatkan lebih 100 resipi pilihan istimewa bersempena bulan puasa yang bakal menjelang nanti. Ini termasuklah sebanyak 44 resipi menu bulanan sesuai untuk bersahur dan berbuka. Lebih 60 resipi menyelerakan juga pasti akan membuatkan pembaca teruja untuk mencubanya nanti. Lebih istimewa lagi... tawaran untuk memenangi 10 voucher bernilai RM50 seorang untuk mencuba pankek di Pancake House International di Sunway Pyramid atau Pavilion KL. Fuh... macam buat iklan le pula liza ni. Hehehe... tak salah kan kalau nak promosinya, kan?! 
Oh, ya... pada rakan-rakan yang kata susah nak cari majalah ni, sila buat aduan kepada penerbit di talian telefon (03) 9285 7375 atau e-mel MajalahSedap@gmail.com. Nyatakan lokasi atau nama kedai yang tidak menjual majalah SEDAP. Pihak kami akan menjalankan tinjauan dan mengambil tindakan agar ia mudah diperolehi di pasaran pada masa akan datang. </description>
Majlis Besday Anak-anakku...
<description>Baru-baru ini, liza ada membuat sambutan hari lahir buat anak liza, Ainur Fadhillah yang berusia satu tahun dan Ainur Fatihah yang berusia empat tahun.... Majlis yang dijalankan cuma sederhana sahaja. Hanya liza adik-beradik sahaja... boleh dikatakan... majlis keluarga. Pada majlis tersebut, liza membuat kek coklat kukus zaima.... siap make-up lagi... hehehe.... Inilah kali pertama liza menghias kek yang juga turut dibantu adik perempuan liza, Rosmah. Kelakar juga... org tak berpengalaman menghias kek... alamak... comotnyer...  LOL Tapi, tetap sedap rasanya... hehehe.... Lain-lain menu pula, disediakan oleh mak liza iaitu... dua jenis kuih (kuih rengas dan tepung gomak), masak lemak rebung, sambal terung, tongkol goreng dan potongan buah tembikai. Adik liza pula menyediakan nasi lemak... hehehe... sedap nasi lemak kau, Ina....  LOL  Lain kali... buat le lagi... hehehehe.... Juga sate yang adik ipar liza belikan.... hehehehe.... maklumlah... anak liza yg baru berusia satu tahun tu... diorang sayang sangat.... kekadang tu bawa pinjam dua tiga hari... kalau nak pinjam lama2 tak boleh ler... alamatnya... mak ngan ayahnyer rindu sangat kat anak sendiri... hehehe.... Okey la... ni le sebahagian hidangan pada majlis sederhana tu.... hehehehe... psstt... jangan gelak pula bila dah tengok rupa kek tu.... hehehehe.... comot! :-> 
Emmm... besday tu buat hari Sabtu... enjoy habis ler.... Esoknya dah kepenatan... sebab banyak kain kena basuh, kemas rumah lagi dan macam2 lagi.... Sudahnya, liza masak simple je hari Ahad tu... zup zap... zup zap... siap ler... sup ikan merah dengan tauhu, sambal sardin dan tumis cendawan tiram... emmm... berselera suami dan anak2 hari tu... walaupun liza masak simple jer....
Sambal Sotong Petai Dan Sawi Celur Tumis Sosej
<description>Biarpun dalam kesibukan dan penatnya... ya Allah... Tuhan sahaja yg tahu.... Tapi tetap dengan rutin harian selain dari bekerja di pejabat, di rumah pun kena buat juga. Maklumlah... dengan anak ciak-miak ni... rumah selalunya berserabut. Nak tak nak... kena kemas juga... kekadang cik abg yg tolong bantu.... Kes kesian kat isteri dia la ni.... hehehe. Sayang... abg! Rajin gak dia tolong... tp tolong jgkan anak ler... hehehe..... Biarpun penat... kena juga ke dapur... ha, masa untuk bersilat di dapur.... Tun Dapur mula nak beraksi. Zup Zap! Zup Zap!... sempat la dua masakan yg saya dpt snap... yg lain.... hehehe... pepaham aja la....
Ziela - Hehehe.... :-> Sekali-sekala buat perubahan.... Selalu org guna udang ngan petai... la ni try wat sotong ngan petai.... fuh... mmg terangkat gak.... kalau tak caya... try ler wat... mmg bertambah2 nasi.... hehehe.... :-D </description>
Kerana Kesibukanku....
<description>Nampaknya dah lama Liza tak mengisi apa-apa cerita dalam ruangan ni. Mungkin kerana jadual yang terlalu padat dengan tugasan harian, telah membataskan waktuku untuk berkongsi segala menu atau resipi dalam ruangan ini. Al-maklumlah... aku lebih sibuk dengan resipi-resipi baru yang bakal muncul tidak lama lagi di tengah lambakan majalah masakan di pasaran. Setelah keluaran pertama telah lebih dulu diperkenalkan dan mendapat sambutan hangat di kalangan para pembaca yang sememangnya minat mencuba pelbagai resipi baru. Mungkin ada yang tertunggu-tunggu bilakan keluaran kedua akan terbit? Sebenarnya, untuk isu pertama, pihak syarikat mahukan isu pengenalan iaitu isu pertama berada di pasaran dalam tempoh yang panjang. Setelah hampir dua bulan diperkenalkan, tibalah pula keluaran kedua pula yang bakal berada di pasaran. Kali ini, seperti yang dijanjikan muncul dengan cover lebih menarik lagi serta pelbagai resipi istimewa untuk dicuba. Harap, selepas menatap cover depan majalah ini, jangan lepaskan peluang untuk memilikinya senaskhah!
Apabila pulang sahaja dari kerja, sememangnya masa Liza lebih tertumpu pada urusan rumahtangga. Jadi, dalam keletihan pun, saya masih tetap menyediakan beberapa jenis hidangan untuk santapan keluarga Liza. Di sini beberapa menu Liza akan paparkan. Walaupun dah agak lama... baru nak tempek kat sini.  :-D 
Ziela - ye ke.... alamak cian dia.... pasal rajin tak rajin ni dik... nak tak nak... kena masak gak... nak isi anak tekak....  LOL </description>
Alahai... Kuih Pauku....
<description>Sudah lama rasanya Liza tak membuat kuih pau. Kalau dulu, memang rajin sangat sampai berlebih-lebih. Tapi, resipi kuih pau yang liza buat dulu tak berapa lembut dan gebu. Puas liza cuba untuk dapatkan tekstur pau yang betul-betul lembut dan gebu. Bukannya sebelum ini tak sedap, tapi Liza tak puas hati dengan kegebuan kulit pau ni hinggalah liza dapat resepi ni dari FP MaDiha. Alhamdullilah... memang menjadi. Petang semalam liza buat satu adunan. Habis licin! Pagi ni, liza buat lagi sebab inti yang liza buat semalam ada lagi. Memang puaslah makan pau!
Inilah resepinya yang liza dapat dari FP MaDiha
Bahan-bahan:
500 gm Tepung Gandum
1/2 sudu teh serbuk penaik
2 sudu teh yis segera
1/2 sudu teh garam
1 sudu makan gula
2 sudu makan shortening
200 ml air suam (pasal liza guna sukatan air MaDiha yang 250 ml tu... buat doh liza sangat lembik! Sorry ya MaDiha... Liza kurangkan air sukatannya)
Cara membuatnya:
-Gaul semua bahan kecuali air suam sehingga rata.
-Selepas itu, tuangkan sedikit demi sedikit air suam ke dalam adunan tepung dan uli hingga doh licin dan tidak melekat di tangan.
-Setelah itu, biarkan doh rehat selama 20 minit dan mengembang dua kali ganda.
-Kemudian, tumbuk sekali pada doh dan kemudian bahagikan kepada beberapa bahagian dan intikan. Kemudian kemaskan dan letakkan di bawahnya dengan potongan daun pisan atau kertas kalis minyak.
-Kemudian, biarkan adunan rehat sekali lagi dalam 15 minit. 
-Akhir sekali, kukus selama 10 minit hingga benar-benar masak. 
MaDiha - Ye ke? Takpe la... liza dah edit semula... terima kasih sebab perasan sukatan tu.... Terima kasih sekali lagi, sebab dah beli majalah SEDAP tu... yang penting... yang baca tu, puas hati. Terima kasih sekali lagi... kalau senang... lawat la laman interaksi majalah Sedap, http://majalahsedap.blogspot.com </description>
Terbitan Pertama yang Sememangnya dinanti
<description>Rasanya sudah lama Liza tidak berkongsi segala cerita di sini. Memandangnya Liza terlalu sibuk dengan urusan kerja, itulah yang menjadi sebab utama Liza kurang berceloteh di sini. Oleh kerana keadaan sekarang agak reda sedikit, bolehlah Liza isikan masa dengan celoteh liza lagi. Kalau rajin sikit, mungkin siap snap gambar masakan. Sememangnya Liza amat suka memasak. Cuma kalau terlalu letih sahaja, Liza jadi malas nak masak. Kalau masak pun, mungkin yang seringkasnya sahaja... nasi goreng ataupun kalau dalam ice-box ada burger ke, sosej ke, nugget ke atau apa sahaja jenis fast food, Liza bantai goreng dan hidangkan. Itu bila betul2 malas tp kena masak. Kalau malas tp tekak nak makan sedap... setiap pinggan seorang mungkin penuh dengan sosej, telur goreng mata kerbau, salad, ayam goreng segera dan baked bean jer. Kalau ada roti, siap bakar dan sapu mentega dulu baru hidangkan. Apa yang penting, semua kenyang. Tapi, biasanya kena masak nasi juga. Sebab anak teruna liza memang kuat makan, jadi kena masak something yg boleh buat diorang betul2 kenyang. Penat tak penat... terpaksa layan kerenah diorang. Ada gak jiran sebelah tegur, sebab setiap hari dia mesti dengar liza bersilat dengan sudip dan senduk kat dapur menyediakan makan malam keluarga biarpun penat balik bekerja. Itulah rutin seharian. Wokey, tutup cerita. Perkara sebenar yang Liza nak ceritakan di sini ialah pelancaran terbitan pertama majalah masakan yang selama ini Liza dan beberapa orang rakan bertungkus lumus, hingga menanti saat yang dinantikan. Majalah masakan ini yang diberi nama SEDAP, dijangka akan berada di pasaran mulai bulan Jun, 2008 ini. Buat pengetahuan semua, majalah ini memuatkan banyak resipi istimewa untuk dicuba. Apa yang pasti, semuanya memang sedap-sedap belaka. Itulah yang dimaksudkan dengan tajuk majalah tersebut, SEDAP! Selain itu, mudah untuk semua orang menyebutnya baik kanak-kanak ataupun dewasa. Wokeylah, Liza tak nak cerita banyak berkenaan dengan majalah masakan ini, jika berminat... pastikan menemuinya di pasaran dan milikinya segera! Memang berbaloi kalau dah ada senaskhah di rumah! 
MaDiha - Alahai... MaDiha....! Terima kasih banyak2 atas dorongan yang membina. Yang penting, mesti dapatkannya di pasaran mulai JUN ini. Pasal memasak tu, kita punyai minat yang sama. Adakalanya, terlebih kreatif pula, kan?!</description>
Besday Ainur Farhana
<description>Tepat pada tarikh 8hb. April tahun ini, genaplah anak keempat liza, Ainur Farhana meningkat usianya dua tahun. Awal pagi lagi, Liza sudah mengucapkan selamat hari lahir kepadanya dengan memberikan hadiah kuncupan sayang liza kepadanya. Sungguhpun dia tidak memahami, dia cukup gembira kerana menyedari ibu bapanya benar-benar menyayanginya. Suami Liza pula, telah berjanji dengannya untuk membelikannya hadiah dan liza pula akan membelikan sebiji kek untuknya memandangkan ketika itu liza kurang sihat. Rasanya sudah seminggu lamanya demam Liza masih tak kebah-kebah lagi. "Ibu minta maaf ye, Ana.... tak sempat nak buatkan kek untuk Ana. Tapi, ibu janji... bila ibu dah sihat nanti, ibu buatkan kek untuk Ana, ya!" Begitulah janji Liza terhadapnya. Dia cuma balas senyum sahaja.... Seperti yang dijanjikan, apabila sembuh sahaja daripada demam, Liza pun mengkotakan janji liza untuk membuat kek Hari Lahirnya. Memang dia amat sukakan kek buatan Liza. Kek Coklat Kukus resepi Zaima sememangnya menjadi pilihan utama Liza. Inilah kali kedua Liza membuatnya dan hasilnya amat memuaskan.
Selain daripada itu, Liza juga ada menyediakan beberapa menu masakan kampung yang menjadi pilihan keluarga Liza.
Sambal Belacan Banjar
10-15 biji cili padi (ikut suka... bagi yang suka pedas boleh tambah cilinya)
1-2 biji cili masak
1 biji bawang besar yang sedang saiznya
1 sudu teh garam (secukup rasa)
secubit ajinomoto
seruas belacan bakar
2 biji limau kasturi, dibelah dua dan buang bijinya
2 sudu makan air masak
caranya: Tumbuk lumat semua bahan kecuali limau kasturi. Setelah lumat... barulah diperah limau kasturinya. Bagi yang suka memakan kulit limau, bolehlah diletakkan bersama sambal belacan. Sedia untuk dihidangkan.... Sambal belacan ni juga sedap dijadikan pencicah cucur bawang dan ikan bilis....
Jasmeen - Terima kasih... kalau anak Liza dengar ni... tentu dia senyum lebar (sukalah tu!)
MaDiha - Terima kasih... sebab wish untuk Farhana... ha'ah... kek coklat zaima ni memang sedap. Sampaikan kawan Liza pun tempah kat Liza. Untuk resepi sambal belacan banjar tu... Liza dah tepek kat atas.
MaDiha - Liza anak jati Kuala Lumpur. Suami Liza keturunan Banjar (Dengar dia, memang tak mengaku...  LOL ). Sambal belacan ni pun Liza belajar dari kakak ipar. Sampai sekarang ni, anak2, mak, ayah dan adik2 liza suka makan sambal belacan ni. Selalunya, liza buatkan untuk mak di rumah mak pada hari sabtu sahaja. Buat banyak skit.... sebab sambal belacan ni tahan lama kalau disimpan di dalam peti sejuk. Family Liza suka makan sambal belacan ni dengan cucur (bukan cucur manis tau!). Kalau nak tahu nikmatnya... cubalah dulu! :-D 
Ziela - Terima kasih, Ziela. </description>
Apam Gula Hangus
<description>Liza pun tak ingat ambil resepi ini dari mana. Tapi, liza sudah mencubanya dan inilah hasilnya. Penyediaan yang agak mudah juga sedap rasanya. Lebih lembut dan gebu.
Ni baru keluar dari pengukusan...
Apam yang lembut lagi gebu... sedap dimakan bersama kelapa parut atau makan begitu sahaja.... ;-) 
Bahan2
1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan air
-digoreng gulanya tanpa minyak sehingga cair dan bertukar warna keperangan... pastu masukkan air... kacau hingga benar2 larut dan tutup api. Biarkan suam
1/4 cawan gula halus
1 biji telur
-dipukul telur bersama gula halus hingga benar2 kembang
1 1/4 cawan tepung gandum
1/4 cawan susu tepung
1 sudu soda bicarbonate
-diayak bersama sebanyak dua kali.
-Mula2 panaskan kukusan.
-Masukkan gula hangus tadi ke dalam adunan telur yang sudah dipukul tadi berselang seli dengan tepung. pukul hingga rata. Setelah itu, masukkan ke dalam bekas mangkuk lompang yang telah disapu dengan minyak sedikit. Tuang dalam separuh cawan sahaja. Kemudian kukus selama 20 minit atau sehingga benar2 masak dengan menggunakan api besar. Setelah masak... biarkan sejuk dan selepas itu barulah boleh keluarkan dari acuannya. Hidangkan bersama parutan kelapa muda....
Madiha - Terima kasih kerana sudi bertandang ke sini. Tentang kek yis loyang tu memang sedap. Cubalah... boleh cuba bakar dan juga kukus. Itulah keunikannya.
Roylazim - Ye ke, kak?! Haa... lepas ni terus ke dapur dan buat. Dah jadi... pas kat liza seketul dua... LOL
Ida - Terima kasih, Ida. Apam ni memang sedap. </description>
Kek Coklat Kukus Zaima
<description>Kek ini pertama kali saya cuba dan hasilnya memang amat memuaskan. Rasanya juga amat sedap dan kelihatan lebih muai sedikit juga lembut. Ketika menghidangkan kek ini, suami sayalah orang yang paling suka sekali melihat kejayaan saya yang bersungguh-sungguh membuat kek coklat ini. Setelah siap kek coklat ini dengan topingnya sekali, suami saya lebih dulu telah menyimpannya di dalam peti sejuk untuk menikmatinya sejuk-sejuk. Sememangnya suami saya amat menggemari kek yang juga sejenis manisan. Walaupun hiasan agak simple, namun tidak mematahkan semangat saya untuk menghasilkan kek yang sama di masa akan datang dengan lebih baik dan menarik sekali.
Bahan utama:
1 cawan serbuk koko
1 cawan susu cair
1 cawan gula pasir
1 cawan marjerin (dicairkan)/minyak masak
1/2 cawan susu pekat manis
Kesemua bahan di atas dicampurkan dan dimasak hingga sebati dan setelah itu, tutup api dan biarkan sehingga suam.
Bahan Campuran Tepung:
1 1/4 cawan tepung gandum
1 sudu teh soda bicarbonate
1 sudu teh baking powder
Diayak bersama tepung-tepung tersebut.
Bahan Telur:
3 biji telur
1 sudu teh ovalete
Pukul telur bersama ovalete sehingga benar-benar kembang. Setelah itu, masukkan adunan koko yang telah suam tadi ke dalam adunan telur dan kacau sehingga sebati. Akhir sekali, masukkan pula campuran tepung sedikit demi sedikit sehingga habis. Pukul adunan sehingga sebati. Panaskan periuk kukus. Sementara itu, sapukan loyang dengan sedikit minyak sebelum menuang adunan ke dalamnya. Setelah itu, barulah dituangkan ke dalam loyang. Setelah kukusan sudah panas, bolehlah masukkan adunan kek ke dalam periuk kukus dan kukuslah selama 1 1/2 jam atau sehingga masak dengan menggunakan api sederhana. Setelah kek masak, keluarkan dari periuk kukusan dan sejukkan. Apabila sudah sejuk, keluarkan kek dari loyang dan sedia untuk toping.
Bahan toping:
3/4 cawan serbuk koko
3 sudu makan susu pekat manis
1/2 sudu makan shortening
3/4 cawan air panas
Masak dan kacau hingga koko sebati dan nampak agak likat dengan menggunakan api yang sangat kecil. Apabila sudah nampak berkilat, tuangkan ke atas permukaan kek dan ratakan. Hiaskan mengikut suka dan bolehlah dihidang.
Kak Zai - Terima kasih bebanyak... ini baru pertama kali mencubanya... dan hasilnya memang amat memuaskan... Sebenarnya, resepi kek coklat ni memang pelbagai.... cuma ikut selera kita sendiri untuk buat pilihan. Liza ada post sikit ke rumah mak... diorang kata sedap... adik liza pula segera nak minta tunjuk ajar buat kek ni... jadi, liza cuma tinggalkan resepi saja untuk dicubanya sendiri. Lagipun coklat... budak2 dah tentulah suka.... pasal bos tu... no comment! Tgk kat sini, dia bedal aja! LOL </description>
Kek Yis Loyang dan Dendeng Daging
<description>Kek Yis Loyang 
Bahan A:
2 sudu teh mauripan
200 ml susu cair
1 sudu makan gula pasir
Bahan B:
200 gram tepung gandum
100 gram oat
100 gram kacang gajus, dicincang halus (liza guna kacang tanah jer)
50 gram kismis, dipotong2
50 gram sultana, dipotong2
100 gram gula pasir
1 sudu teh baking powder
75 gram margerin
1 biji telur, dipukul ringan
1/4 sudu teh garam
Cara membuatnya:
1. Kacau rata bahan A. Biarkan selama 20 minit.
2. Campurkan tepung gandum, oat, kacang gajus, kismis, sultana, gula pasir dan baking powder. Gaul hingga rata.
3. Masukkan margerin. Gaul lagi biar sampai berbutir. Masukkan telur dan garam. Gaul lagi hingga rata.
4. Masukkan bahan A dan kacau rata. Tuang ke dalam loyang yang telahdisapu dengan margerin dan dialas kertas roti sehingga 3/4 tinggiloyang.
5. Biarkan selama 1 jam sehingga kembang.
6. Kukus selama 30 minit atau sehingga benar-benar masak atau anda boleh bakarnya selama 30 minit dengan suhu 180 darjah celcius. (Yang ni, liza buat kukus jer).
:-Sepanjang pemeraman adunan adalah lebih baik ditutup supaya adunan tidak kering.
:- Sultana adalah sejenis kismis juga, tetapi agak gelap sedikit warnanya dengan kismis.
Kek yang liza buat ni, memang sedap dengan paduan rasa kacang dankismis. Masa liza hidangkan untuk suami liza, dia ingat liza ada campurpisang. walhal tiada langsung!
Dendeng Daging Liza
Bahan2:
1/2 kilo daging (rebus, hiris nipis)
8 biji cili merah, ditumbuk
1 labu bawang besar. dihiris
6 biji bawang merah, ditumbuk
3 ulas bawang putih, ditumbuk
secubit belacan
1 batang serai, dititik
2 biji tomato sederhana (boleh juga gantikan dengan asam belimbing)
Sedikit perahan air asam jawa (kalau guna asam belimbing, bhn ini tak perlu)
2 sudu sos cili
Sedikit garam, gula dan ajinomoto.
sedikit air dan minyak untuk menumis
Caranya:
Daging yang telah dihiris nipis tadi di tumbuk jgn sampai hancur, sekadar untuk meleperkan daging tadi. Kemudian, goreng garing. Ketepikan. Sediakan bahan tumbuk siap ditumbuk bersama belacan. Panaskan minyak di dalam kuali dan kemudian tumis bahan tumbuk tadi hingga naik bau. Masukkan pula air asam jawa, serai dan kacau rata. Perisakan dengan sos cili, garam, gula dan ajinomoto. Kalau ngam rasanya, bolehlah masukkan hirisan bawang besar dan tomato. Apabila bawang dan tomato sudah agak layu, barulah masukkan daging dan balik2kan hingga rata. Tutup api dan bolehlah dihidangkan. Senang jer....