Want your
own Fotopage?








 
Rosliza Fotopages

By: rosliza muhamad hassan

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 26-Mar-2008 06:24 Email | Share | Bookmark
Kek Coklat Kukus Zaima

 
 
Kek ini pertama kali saya cuba dan hasilnya memang amat memuaskan. Rasanya juga amat sedap dan kelihatan lebih muai sedikit juga lembut. Ketika menghidangkan kek ini, suami sayalah orang yang paling suka sekali melihat kejayaan saya yang bersungguh-sungguh membuat kek coklat ini. Setelah siap kek coklat ini dengan topingnya sekali, suami saya lebih dulu telah menyimpannya di dalam peti sejuk untuk menikmatinya sejuk-sejuk. Sememangnya suami saya amat menggemari kek yang juga sejenis manisan. Walaupun hiasan agak simple, namun tidak mematahkan semangat saya untuk menghasilkan kek yang sama di masa akan datang dengan lebih baik dan menarik sekali.




Bahan utama:

1 cawan serbuk koko
1 cawan susu cair
1 cawan gula pasir
1 cawan marjerin (dicairkan)/minyak masak
1/2 cawan susu pekat manis

Kesemua bahan di atas dicampurkan dan dimasak hingga sebati dan setelah itu, tutup api dan biarkan sehingga suam.

Bahan Campuran Tepung:
1 1/4 cawan tepung gandum
1 sudu teh soda bicarbonate
1 sudu teh baking powder

Diayak bersama tepung-tepung tersebut.

Bahan Telur:
3 biji telur
1 sudu teh ovalete

Pukul telur bersama ovalete sehingga benar-benar kembang. Setelah itu, masukkan adunan koko yang telah suam tadi ke dalam adunan telur dan kacau sehingga sebati. Akhir sekali, masukkan pula campuran tepung sedikit demi sedikit sehingga habis. Pukul adunan sehingga sebati. Panaskan periuk kukus. Sementara itu, sapukan loyang dengan sedikit minyak sebelum menuang adunan ke dalamnya. Setelah itu, barulah dituangkan ke dalam loyang. Setelah kukusan sudah panas, bolehlah masukkan adunan kek ke dalam periuk kukus dan kukuslah selama 1 1/2 jam atau sehingga masak dengan menggunakan api sederhana. Setelah kek masak, keluarkan dari periuk kukusan dan sejukkan. Apabila sudah sejuk, keluarkan kek dari loyang dan sedia untuk toping.

Bahan toping:
3/4 cawan serbuk koko
3 sudu makan susu pekat manis
1/2 sudu makan shortening
3/4 cawan air panas

Masak dan kacau hingga koko sebati dan nampak agak likat dengan menggunakan api yang sangat kecil. Apabila sudah nampak berkilat, tuangkan ke atas permukaan kek dan ratakan. Hiaskan mengikut suka dan bolehlah dihidang.

Quote:

Kak Zai - Terima kasih bebanyak... ini baru pertama kali mencubanya... dan hasilnya memang amat memuaskan... Sebenarnya, resepi kek coklat ni memang pelbagai.... cuma ikut selera kita sendiri untuk buat pilihan. Liza ada post sikit ke rumah mak... diorang kata sedap... adik liza pula segera nak minta tunjuk ajar buat kek ni... jadi, liza cuma tinggalkan resepi saja untuk dicubanya sendiri. Lagipun coklat... budak2 dah tentulah suka.... pasal bos tu... no comment! Tgk kat sini, dia bedal aja!


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

ns4008229.ip-198-27-68.net