Want your
own Fotopage?










 
Rosliza Fotopages

By: rosliza muhamad hassan

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  3  >  >>]    [Archive]
Tuesday, 15-Jul-2008 07:28 Email | Share | | Bookmark
Sambal Sotong Petai Dan Sawi Celur Tumis Sosej

 
 
Biarpun dalam kesibukan dan penatnya... ya Allah... Tuhan sahaja yg tahu.... Tapi tetap dengan rutin harian selain dari bekerja di pejabat, di rumah pun kena buat juga. Maklumlah... dengan anak ciak-miak ni... rumah selalunya berserabut. Nak tak nak... kena kemas juga... kekadang cik abg yg tolong bantu.... Kes kesian kat isteri dia la ni.... hehehe. Sayang... abg! Rajin gak dia tolong... tp tolong jgkan anak ler... hehehe..... Biarpun penat... kena juga ke dapur... ha, masa untuk bersilat di dapur.... Tun Dapur mula nak beraksi. Zup Zap! Zup Zap!... sempat la dua masakan yg saya dpt snap... yg lain.... hehehe... pepaham aja la....




sibuk dan penat sempat gak siap 2 lauk.. sedap2 plak tu.. bertambah tambah nasik bila kena sambal sotong dgn petai tu..
Tue 22-Jul-2008 08:21
Posted by:Ziela zpuppets@yahoo.com  - [Link]
Add comment


Monday, 7-Jul-2008 07:08 Email | Share | | Bookmark
Kerana Kesibukanku....

Cover Sedap#2
Bitterbalen
Talapia Merah Goreng
Nasi Goreng
Sambal Bebola Ikan
Asam Pedas Ikan Kembung
View all 24 photos...
Nampaknya dah lama Liza tak mengisi apa-apa cerita dalam ruangan ni. Mungkin kerana jadual yang terlalu padat dengan tugasan harian, telah membataskan waktuku untuk berkongsi segala menu atau resipi dalam ruangan ini. Al-maklumlah... aku lebih sibuk dengan resipi-resipi baru yang bakal muncul tidak lama lagi di tengah lambakan majalah masakan di pasaran. Setelah keluaran pertama telah lebih dulu diperkenalkan dan mendapat sambutan hangat di kalangan para pembaca yang sememangnya minat mencuba pelbagai resipi baru. Mungkin ada yang tertunggu-tunggu bilakan keluaran kedua akan terbit? Sebenarnya, untuk isu pertama, pihak syarikat mahukan isu pengenalan iaitu isu pertama berada di pasaran dalam tempoh yang panjang. Setelah hampir dua bulan diperkenalkan, tibalah pula keluaran kedua pula yang bakal berada di pasaran. Kali ini, seperti yang dijanjikan muncul dengan cover lebih menarik lagi serta pelbagai resipi istimewa untuk dicuba. Harap, selepas menatap cover depan majalah ini, jangan lepaskan peluang untuk memilikinya senaskhah!



Apabila pulang sahaja dari kerja, sememangnya masa Liza lebih tertumpu pada urusan rumahtangga. Jadi, dalam keletihan pun, saya masih tetap menyediakan beberapa jenis hidangan untuk santapan keluarga Liza. Di sini beberapa menu Liza akan paparkan. Walaupun dah agak lama... baru nak tempek kat sini.






Quote:
Ziela - ye ke.... alamak cian dia.... pasal rajin tak rajin ni dik... nak tak nak... kena masak gak... nak isi anak tekak....

lama btol tunggu akak update.. sibuk2 akak pon, tudia menu.. kalah org rajin
Thu 10-Jul-2008 02:19
Posted by:Ziela zpuppets@yahoo.com  - [Link]
Add comment


Monday, 26-May-2008 08:54 Email | Share | | Bookmark
Alahai... Kuih Pauku....

 
 
Sudah lama rasanya Liza tak membuat kuih pau. Kalau dulu, memang rajin sangat sampai berlebih-lebih. Tapi, resipi kuih pau yang liza buat dulu tak berapa lembut dan gebu. Puas liza cuba untuk dapatkan tekstur pau yang betul-betul lembut dan gebu. Bukannya sebelum ini tak sedap, tapi Liza tak puas hati dengan kegebuan kulit pau ni hinggalah liza dapat resepi ni dari FP MaDiha. Alhamdullilah... memang menjadi. Petang semalam liza buat satu adunan. Habis licin! Pagi ni, liza buat lagi sebab inti yang liza buat semalam ada lagi. Memang puaslah makan pau!

Inilah resepinya yang liza dapat dari FP MaDiha

Bahan-bahan:
500 gm Tepung Gandum
1/2 sudu teh serbuk penaik
2 sudu teh yis segera
1/2 sudu teh garam
1 sudu makan gula
2 sudu makan shortening
200 ml air suam (pasal liza guna sukatan air MaDiha yang 250 ml tu... buat doh liza sangat lembik! Sorry ya MaDiha... Liza kurangkan air sukatannya)

Cara membuatnya:
-Gaul semua bahan kecuali air suam sehingga rata.
-Selepas itu, tuangkan sedikit demi sedikit air suam ke dalam adunan tepung dan uli hingga doh licin dan tidak melekat di tangan.
-Setelah itu, biarkan doh rehat selama 20 minit dan mengembang dua kali ganda.
-Kemudian, tumbuk sekali pada doh dan kemudian bahagikan kepada beberapa bahagian dan intikan. Kemudian kemaskan dan letakkan di bawahnya dengan potongan daun pisan atau kertas kalis minyak.
-Kemudian, biarkan adunan rehat sekali lagi dalam 15 minit.
-Akhir sekali, kukus selama 10 minit hingga benar-benar masak.





Quote:
MaDiha - Ye ke? Takpe la... liza dah edit semula... terima kasih sebab perasan sukatan tu.... Terima kasih sekali lagi, sebab dah beli majalah SEDAP tu... yang penting... yang baca tu, puas hati. Terima kasih sekali lagi... kalau senang... lawat la laman interaksi majalah Sedap, http://majalahsedap.blogspot.com

salamm..
liza madiha dah beli dah majalah sedap... mmg best isi kandungannya.. resepi2nya superb! bagus sebab ada pesan sedap.. so adalah panduan utk lebih memudahkan waktu memasak..
ohya.. tq juga sudi cuba pau tu.. rasanya liza salah taip kandungan tepung tu... amount asal 500 gm tepung kan?? nanti liza edit ye.. soal kurangkan kandungan air tu.. no problem.. sememangnya kena ikut tepung yg kita gunakan sebab setiap tepung punya kelembapan yg berbeza.. kalau kena tepung yg kurang kering.. so automatic kena kurangkan airnya...
Mon 9-Jun-2008 08:50
Posted by:MaDiHa  - [Link]
Akak cari Majalah sedap hari tu kat JB..takde lar, nanti nak cari lagi.
Tue 10-Jun-2008 04:12
Posted by:roylazim  - [Link]
Add comment


Friday, 9-May-2008 03:11 Email | Share | | Bookmark
Terbitan Pertama yang Sememangnya dinanti

 
Rasanya sudah lama Liza tidak berkongsi segala cerita di sini. Memandangnya Liza terlalu sibuk dengan urusan kerja, itulah yang menjadi sebab utama Liza kurang berceloteh di sini. Oleh kerana keadaan sekarang agak reda sedikit, bolehlah Liza isikan masa dengan celoteh liza lagi. Kalau rajin sikit, mungkin siap snap gambar masakan. Sememangnya Liza amat suka memasak. Cuma kalau terlalu letih sahaja, Liza jadi malas nak masak. Kalau masak pun, mungkin yang seringkasnya sahaja... nasi goreng ataupun kalau dalam ice-box ada burger ke, sosej ke, nugget ke atau apa sahaja jenis fast food, Liza bantai goreng dan hidangkan. Itu bila betul2 malas tp kena masak. Kalau malas tp tekak nak makan sedap... setiap pinggan seorang mungkin penuh dengan sosej, telur goreng mata kerbau, salad, ayam goreng segera dan baked bean jer. Kalau ada roti, siap bakar dan sapu mentega dulu baru hidangkan. Apa yang penting, semua kenyang. Tapi, biasanya kena masak nasi juga. Sebab anak teruna liza memang kuat makan, jadi kena masak something yg boleh buat diorang betul2 kenyang. Penat tak penat... terpaksa layan kerenah diorang. Ada gak jiran sebelah tegur, sebab setiap hari dia mesti dengar liza bersilat dengan sudip dan senduk kat dapur menyediakan makan malam keluarga biarpun penat balik bekerja. Itulah rutin seharian. Wokey, tutup cerita. Perkara sebenar yang Liza nak ceritakan di sini ialah pelancaran terbitan pertama majalah masakan yang selama ini Liza dan beberapa orang rakan bertungkus lumus, hingga menanti saat yang dinantikan. Majalah masakan ini yang diberi nama SEDAP, dijangka akan berada di pasaran mulai bulan Jun, 2008 ini. Buat pengetahuan semua, majalah ini memuatkan banyak resipi istimewa untuk dicuba. Apa yang pasti, semuanya memang sedap-sedap belaka. Itulah yang dimaksudkan dengan tajuk majalah tersebut, SEDAP! Selain itu, mudah untuk semua orang menyebutnya baik kanak-kanak ataupun dewasa. Wokeylah, Liza tak nak cerita banyak berkenaan dengan majalah masakan ini, jika berminat... pastikan menemuinya di pasaran dan milikinya segera! Memang berbaloi kalau dah ada senaskhah di rumah!



Quote:
MaDiha - Alahai... MaDiha....! Terima kasih banyak2 atas dorongan yang membina. Yang penting, mesti dapatkannya di pasaran mulai JUN ini. Pasal memasak tu, kita punyai minat yang sama. Adakalanya, terlebih kreatif pula, kan?!

wah... liza kerja dibahagian terbitan buku yer? tahniah majalah baru masakan akan terbit lagi.. bolehlah madiha tinjau2 cari kat kedai2 buku.. madiha ni pun kaki simpan buku resepi.. pantang nampak yg berkenan mesti beli.. (buat belum tentu or pilih2 la mana yg berkenan )
hmmmm... sama aje kita ni liza.. mmg hari2 kena masak. blk kerja penat2 pun masak tetap kena masak. tp madiha kalau penat sgt ataupun sampai rumah lewat sgt.. beli makanan kat luar aje.. tp sesekali jelah ni.. yg rutinnya mmg masak manjang..
ohya.. tq for the info pasal SEDAP!!
Thu 22-May-2008 08:50
Posted by:MaDiHa  - [Link]
Add comment


Wednesday, 16-Apr-2008 10:07 Email | Share | | Bookmark
Besday Ainur Farhana

 
 
 
View all 9 photos...
Tepat pada tarikh 8hb. April tahun ini, genaplah anak keempat liza, Ainur Farhana meningkat usianya dua tahun. Awal pagi lagi, Liza sudah mengucapkan selamat hari lahir kepadanya dengan memberikan hadiah kuncupan sayang liza kepadanya. Sungguhpun dia tidak memahami, dia cukup gembira kerana menyedari ibu bapanya benar-benar menyayanginya. Suami Liza pula, telah berjanji dengannya untuk membelikannya hadiah dan liza pula akan membelikan sebiji kek untuknya memandangkan ketika itu liza kurang sihat. Rasanya sudah seminggu lamanya demam Liza masih tak kebah-kebah lagi. "Ibu minta maaf ye, Ana.... tak sempat nak buatkan kek untuk Ana. Tapi, ibu janji... bila ibu dah sihat nanti, ibu buatkan kek untuk Ana, ya!" Begitulah janji Liza terhadapnya. Dia cuma balas senyum sahaja.... Seperti yang dijanjikan, apabila sembuh sahaja daripada demam, Liza pun mengkotakan janji liza untuk membuat kek Hari Lahirnya. Memang dia amat sukakan kek buatan Liza. Kek Coklat Kukus resepi Zaima sememangnya menjadi pilihan utama Liza. Inilah kali kedua Liza membuatnya dan hasilnya amat memuaskan.




Selain daripada itu, Liza juga ada menyediakan beberapa menu masakan kampung yang menjadi pilihan keluarga Liza.



Sambal Belacan Banjar


10-15 biji cili padi (ikut suka... bagi yang suka pedas boleh tambah cilinya)
1-2 biji cili masak
1 biji bawang besar yang sedang saiznya
1 sudu teh garam (secukup rasa)
secubit ajinomoto
seruas belacan bakar
2 biji limau kasturi, dibelah dua dan buang bijinya
2 sudu makan air masak

caranya: Tumbuk lumat semua bahan kecuali limau kasturi. Setelah lumat... barulah diperah limau kasturinya. Bagi yang suka memakan kulit limau, bolehlah diletakkan bersama sambal belacan. Sedia untuk dihidangkan.... Sambal belacan ni juga sedap dijadikan pencicah cucur bawang dan ikan bilis....


Quote:
Jasmeen - Terima kasih... kalau anak Liza dengar ni... tentu dia senyum lebar (sukalah tu!)
MaDiha - Terima kasih... sebab wish untuk Farhana... ha'ah... kek coklat zaima ni memang sedap. Sampaikan kawan Liza pun tempah kat Liza. Untuk resepi sambal belacan banjar tu... Liza dah tepek kat atas.
MaDiha - Liza anak jati Kuala Lumpur. Suami Liza keturunan Banjar (Dengar dia, memang tak mengaku... ). Sambal belacan ni pun Liza belajar dari kakak ipar. Sampai sekarang ni, anak2, mak, ayah dan adik2 liza suka makan sambal belacan ni. Selalunya, liza buatkan untuk mak di rumah mak pada hari sabtu sahaja. Buat banyak skit.... sebab sambal belacan ni tahan lama kalau disimpan di dalam peti sejuk. Family Liza suka makan sambal belacan ni dengan cucur (bukan cucur manis tau!). Kalau nak tahu nikmatnya... cubalah dulu!
Ziela - Terima kasih, Ziela.

hepi belated besday Ainur Farhana...
madiha pun suka kek coklat kukus zaima ni.. mmg best kan..
sambal belacan banjar tu takde resepi ke? kecur air liur tengok sambal belacan & lauk2 tu..
Thu 17-Apr-2008 09:16
Posted by:MaDiHa  - [Link]
liza... t.kasih sudi share resepi sambal banjar tu yer nanti bolehlah cuba.... liza ni mmg asal org banjar ker? kt kampung (felda) dulu.. masa sekolah rendah.. madiha ada kawan/jiran org banjar.. tiap2 hari main dengan diaorang.. yg paling takleh lupa.. cara mak diaorang tidurkan baby.. dia ikat baby cara duduk dlm buai kan...? mula2 tgk terkejut juga.. lama2 dah biasa la pasal selalu tengok
Thu 24-Apr-2008 01:53
Posted by:MaDiHa  - [Link]
Hepi Belated Besday Ainur Farhana.. Sweet Girl
Thu 8-May-2008 08:08
Posted by:ziela  - [Link]
View all 4 comments Add comment


Friday, 28-Mar-2008 03:50 Email | Share | | Bookmark
Apam Gula Hangus

 
 
 
View all 4 photos...
Liza pun tak ingat ambil resepi ini dari mana. Tapi, liza sudah mencubanya dan inilah hasilnya. Penyediaan yang agak mudah juga sedap rasanya. Lebih lembut dan gebu.


Ni baru keluar dari pengukusan...


Apam yang lembut lagi gebu... sedap dimakan bersama kelapa parut atau makan begitu sahaja....

Bahan2

1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan air
-digoreng gulanya tanpa minyak sehingga cair dan bertukar warna keperangan... pastu masukkan air... kacau hingga benar2 larut dan tutup api. Biarkan suam

1/4 cawan gula halus
1 biji telur

-dipukul telur bersama gula halus hingga benar2 kembang

1 1/4 cawan tepung gandum
1/4 cawan susu tepung
1 sudu soda bicarbonate

-diayak bersama sebanyak dua kali.

-Mula2 panaskan kukusan.
-Masukkan gula hangus tadi ke dalam adunan telur yang sudah dipukul tadi berselang seli dengan tepung. pukul hingga rata. Setelah itu, masukkan ke dalam bekas mangkuk lompang yang telah disapu dengan minyak sedikit. Tuang dalam separuh cawan sahaja. Kemudian kukus selama 20 minit atau sehingga benar2 masak dengan menggunakan api besar. Setelah masak... biarkan sejuk dan selepas itu barulah boleh keluarkan dari acuannya. Hidangkan bersama parutan kelapa muda....
Quote:

Madiha - Terima kasih kerana sudi bertandang ke sini. Tentang kek yis loyang tu memang sedap. Cubalah... boleh cuba bakar dan juga kukus. Itulah keunikannya.
Roylazim - Ye ke, kak?! Haa... lepas ni terus ke dapur dan buat. Dah jadi... pas kat liza seketul dua...
Ida - Terima kasih, Ida. Apam ni memang sedap.

salam liza... rajin awak masak2... apam ni mmg sedap kan.. sy pun dah pernah cuba..
sy tertarik ngan kek yis loyang tu... macam nak cuba.. tp kena cari dululah bahan2nya tu.. sebab agak byk jugak nampak bahan2nya tu... mesti unik & special rasa dia kan
Fri 28-Mar-2008 06:22
Posted by:MaDiHa  - [Link]
paberat akak nie...
Fri 28-Mar-2008 07:08
Posted by:roylazim  - [Link]
mmmm sedap nie dah pernah wat dulu2
Fri 28-Mar-2008 07:43
Posted by:ida isk merpati66@yahoo.com  - [Link]
Add comment


Wednesday, 26-Mar-2008 06:24 Email | Share | | Bookmark
Kek Coklat Kukus Zaima

 
 
Kek ini pertama kali saya cuba dan hasilnya memang amat memuaskan. Rasanya juga amat sedap dan kelihatan lebih muai sedikit juga lembut. Ketika menghidangkan kek ini, suami sayalah orang yang paling suka sekali melihat kejayaan saya yang bersungguh-sungguh membuat kek coklat ini. Setelah siap kek coklat ini dengan topingnya sekali, suami saya lebih dulu telah menyimpannya di dalam peti sejuk untuk menikmatinya sejuk-sejuk. Sememangnya suami saya amat menggemari kek yang juga sejenis manisan. Walaupun hiasan agak simple, namun tidak mematahkan semangat saya untuk menghasilkan kek yang sama di masa akan datang dengan lebih baik dan menarik sekali.




Bahan utama:

1 cawan serbuk koko
1 cawan susu cair
1 cawan gula pasir
1 cawan marjerin (dicairkan)/minyak masak
1/2 cawan susu pekat manis

Kesemua bahan di atas dicampurkan dan dimasak hingga sebati dan setelah itu, tutup api dan biarkan sehingga suam.

Bahan Campuran Tepung:
1 1/4 cawan tepung gandum
1 sudu teh soda bicarbonate
1 sudu teh baking powder

Diayak bersama tepung-tepung tersebut.

Bahan Telur:
3 biji telur
1 sudu teh ovalete

Pukul telur bersama ovalete sehingga benar-benar kembang. Setelah itu, masukkan adunan koko yang telah suam tadi ke dalam adunan telur dan kacau sehingga sebati. Akhir sekali, masukkan pula campuran tepung sedikit demi sedikit sehingga habis. Pukul adunan sehingga sebati. Panaskan periuk kukus. Sementara itu, sapukan loyang dengan sedikit minyak sebelum menuang adunan ke dalamnya. Setelah itu, barulah dituangkan ke dalam loyang. Setelah kukusan sudah panas, bolehlah masukkan adunan kek ke dalam periuk kukus dan kukuslah selama 1 1/2 jam atau sehingga masak dengan menggunakan api sederhana. Setelah kek masak, keluarkan dari periuk kukusan dan sejukkan. Apabila sudah sejuk, keluarkan kek dari loyang dan sedia untuk toping.

Bahan toping:
3/4 cawan serbuk koko
3 sudu makan susu pekat manis
1/2 sudu makan shortening
3/4 cawan air panas

Masak dan kacau hingga koko sebati dan nampak agak likat dengan menggunakan api yang sangat kecil. Apabila sudah nampak berkilat, tuangkan ke atas permukaan kek dan ratakan. Hiaskan mengikut suka dan bolehlah dihidang.

Quote:

Kak Zai - Terima kasih bebanyak... ini baru pertama kali mencubanya... dan hasilnya memang amat memuaskan... Sebenarnya, resepi kek coklat ni memang pelbagai.... cuma ikut selera kita sendiri untuk buat pilihan. Liza ada post sikit ke rumah mak... diorang kata sedap... adik liza pula segera nak minta tunjuk ajar buat kek ni... jadi, liza cuma tinggalkan resepi saja untuk dicubanya sendiri. Lagipun coklat... budak2 dah tentulah suka.... pasal bos tu... no comment! Tgk kat sini, dia bedal aja!

As'kum Liza, Tahniah, rajinnya mencuba resepi2 baru.
Baru2 ni pun akak ada belajar buat kek coklat drp mak akak. Tapi akak guna butter cup & esen vanilla. Untuk topping, akak guna coklat masak, susu cair (kalau ada cream lg sedap tp mahal) dan sedikit minyak masak. Tapi bakar atas dapur, bukan kukus. Sayangnya Abang H tak suka sgt makan kek, jadi anak2 ajelah yg habiskan.
Thu 27-Mar-2008 14:55
Posted by:Kak Zai zaiharlym_71@yahoo.com.sg
Add comment


Wednesday, 19-Mar-2008 04:29 Email | Share | | Bookmark
Kek Yis Loyang dan Dendeng Daging

 
 
Kek Yis Loyang



Bahan A:
2 sudu teh mauripan
200 ml susu cair
1 sudu makan gula pasir

Bahan B:
200 gram tepung gandum
100 gram oat
100 gram kacang gajus, dicincang halus (liza guna kacang tanah jer)
50 gram kismis, dipotong2
50 gram sultana, dipotong2
100 gram gula pasir
1 sudu teh baking powder
75 gram margerin
1 biji telur, dipukul ringan
1/4 sudu teh garam

Cara membuatnya:
1. Kacau rata bahan A. Biarkan selama 20 minit.
2. Campurkan tepung gandum, oat, kacang gajus, kismis, sultana, gula pasir dan baking powder. Gaul hingga rata.
3. Masukkan margerin. Gaul lagi biar sampai berbutir. Masukkan telur dan garam. Gaul lagi hingga rata.
4. Masukkan bahan A dan kacau rata. Tuang ke dalam loyang yang telahdisapu dengan margerin dan dialas kertas roti sehingga 3/4 tinggiloyang.
5. Biarkan selama 1 jam sehingga kembang.
6. Kukus selama 30 minit atau sehingga benar-benar masak atau anda boleh bakarnya selama 30 minit dengan suhu 180 darjah celcius. (Yang ni, liza buat kukus jer).

:-Sepanjang pemeraman adunan adalah lebih baik ditutup supaya adunan tidak kering.
:- Sultana adalah sejenis kismis juga, tetapi agak gelap sedikit warnanya dengan kismis.

Kek yang liza buat ni, memang sedap dengan paduan rasa kacang dankismis. Masa liza hidangkan untuk suami liza, dia ingat liza ada campurpisang. walhal tiada langsung!

Dendeng Daging Liza



Bahan2:
1/2 kilo daging (rebus, hiris nipis)
8 biji cili merah, ditumbuk
1 labu bawang besar. dihiris
6 biji bawang merah, ditumbuk
3 ulas bawang putih, ditumbuk
secubit belacan
1 batang serai, dititik
2 biji tomato sederhana (boleh juga gantikan dengan asam belimbing)
Sedikit perahan air asam jawa (kalau guna asam belimbing, bhn ini tak perlu)
2 sudu sos cili
Sedikit garam, gula dan ajinomoto.
sedikit air dan minyak untuk menumis

Caranya:
Daging yang telah dihiris nipis tadi di tumbuk jgn sampai hancur, sekadar untuk meleperkan daging tadi. Kemudian, goreng garing. Ketepikan. Sediakan bahan tumbuk siap ditumbuk bersama belacan. Panaskan minyak di dalam kuali dan kemudian tumis bahan tumbuk tadi hingga naik bau. Masukkan pula air asam jawa, serai dan kacau rata. Perisakan dengan sos cili, garam, gula dan ajinomoto. Kalau ngam rasanya, bolehlah masukkan hirisan bawang besar dan tomato. Apabila bawang dan tomato sudah agak layu, barulah masukkan daging dan balik2kan hingga rata. Tutup api dan bolehlah dihidangkan. Senang jer....

Care to comment?


Saturday, 15-Mar-2008 02:36 Email | Share | | Bookmark
Detik Kenangan di Cameron Highlands

 
 
 
View all 28 photos...
Pada hari bersejarah, 9hb. Mar 2008, saya sekeluarga serta keluarga2 adik beradik dan emak (ayah tidak ikut sama kerana sebab2 kesihatan) telah sepakat mengadakan percutian keluarga di Cameron Highlands. Ini adalah kali pertama percutian keluarga yang kami adik-beradik rancang bagi terus mengeratkan hubungan persaudaraan. Turut juga mengadakan acara cabutan bertuah dan sukaneka buat anak2 yang turut memeriahkan percutian tersebut. Jelas kelihatan di wajah mereka akan kegembiraan dan keseronokan yang mereka rasai dengan membawa balik berbagai bentuk hadiah menarik. Tidak lupa juga untuk cabutan bertuah dalam kategori dewasa.... termasuk akulah tu.... Segalanya berjalan dengan lancar dan Insya'Allah, berkemungkinan pula kami merancang untuk mengadakan percutian ke Terengganu pula.

Cameron Highlands - Ketika berada di tempat yang sejuk ini, masing-masing tidak lepas dengan berbaju sejuk dan berstokin. Lebih-lebih lagi musim hujan, sejuknya memang tak boleh nak dikata. Bagi yang tidak tahan, sudah tentulah badan boleh jadi demam dibuatnya. Apabila matahari sudah tegak berdiri, barulah terasa selesa. Kurang sikitlah sejuknya. Selama tiga hari dua malam itu, memang sangat memberi kesan kepada kami sekeluarga. Mungkin suatu hari lagi, kami semua akan bercuti ke sana lagi.... Insya'Allah. Walau bagaimanapun, penuh juga bonet kereta. Apa taknya, kalau tak borong sayur-sayuran dan buah-buahan segar dari Cameron Highlands, rasanya tidak lengkap. Lebih-lebih lagi, bila terpandangkan bunga-bunga segar yang cantik berwarna-warni, bertambah tertariklah kami semua apabila para peniaga menawarkan harga yang amat murah juga murah hati memberi tambahan bonus lagi kepada kami. Selain itu, pelbagai halwa daripada sayuran dan buah-buahan turut mendapat perhatian kami. Tak sah rasanya kalau tidak membeli teh segar dari Cameron Highlands ini dengan pelbagai perisa. Sayangnya... masih banyak lagi yang tidak dapat aku membeli kerana bonet keretaku sudah semakin sarat. Akhirnya, aku beli apa yang ada. Oh,ya! Tak lupa juga aku merasa kincam dan cedawan goreng, strawberi salut coklat dan cucur ubi keledek dan keledek goreng. Paling aku suka, kincam goreng dan cucur ubi keledek yang lembut dan manis rasanya. Manakala kincam pula... rangup dan manis. Memang idea yang berjaya memikat lidah pelanggannya.







Quote:

TRISNO - tidak kusangka... ada yang tertarik.... terima kasih.... segalanya secara kebetulan... mungkin mood baik... hasil gambar pun jadi menarik. Terima kasih sekali lagi.

untuk melihat koleksi pakaian,beg,tudung dan keronsang terkini kami jomlah lawati
http://tropika.r8.org @ http://butik_tropika.fotopages.com
Sat 15-Mar-2008 03:10
Posted by:unnamed  - [Link]
Nice pics
Sat 15-Mar-2008 04:29
Posted by:trisno  - [Link]
Add comment


Monday, 25-Feb-2008 04:16 Email | Share | | Bookmark
Selera Kampung

 
 
 
View all 7 photos...
Menu yang sering menjadi pilihan keluarga Liza... biarpun simple... tapi kena dengan selera keluarga....










Quote:
Jeff - Terima kasih, jeff.... Memang menyelerakan jika dalam perjalanan jauh.... atau berkelah..... ringkas dan sedap pula kalau makan rebut-rebut....
Mamaella- Ada orang memang alah dgn memenda gitu... cam ayah liza gak... mak kena masak berasingan untuk ayah sebab dia tak makan ikan air tawar.... katanya dia tak tahan baunya. Yelah... ayah liza asal org laut... untung anak-anaknyalah boleh makan dua-dua sekali....

>> masakan kampung macam ni la yang boleh dikira sebagai pembuka selera...
>> memang sedap...
Mon 25-Feb-2008 06:53
Posted by:<< jeff >>  - [Link]
Liza..sememang nya makanan kampung enak dan cuma Mama ini kalau balik kampung, mama elak makan ayam nya aje dgn ikan air tawar... dunno eh sampai sekarang tak leh makan ayam kampung atau ikan air tawar...
Wed 5-Mar-2008 07:03
Posted by:mamaella  - [Link]
Add comment


[<<  <  [1]  2  3  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.